BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 14, 2013

PERBANDINGAN HARGA HELMET JEPUN DENGAN MALAYSIA

LIST PRICE FOR ARAI AND SHOEI IN FEBRUARY 2013
 
Update the latest price for ARAI (Ringgit Malaysia)
 
--- ARAI RAMIII (Secondhand) ---
Arai RAMIII Gauloises Biru - RM8500
Arai RAMIII Okada Merah -RM7500
Arai RAMIII Okada Biru - RM6000
Arai RAMIII Okada Putih - RM4500
Arai RAMIII Taira Biru Limited - unknown estimate around RM6000
Arai RAMIII Taira Merah & Kuning - unknown estimate around RM4900
Arai RAMIII Kodo – RM6500
Arai RAMIII Nakano - RM7500
Arai RAMIII GO GO - Unknown
Arai RAMIII Ikan Koi Putih Miglia - RM3500
Arai RAMIII Ikan Koi Hitam & Putih Biasa - RM2550
Arai RAMIII Riptide All Colour - RM1450
Arai RAMIII Stella All Colour - RM1200
Arai RAMIII Crank All Colour - RM1050
Arai RAMIII Malibu Blue - RM1900
Arai RAMIII Nankai All Colour except Yellow & Red - RM1350
Arai RAMIII Nankai Yellow & Red – RM1850
Arai RAMIII Speedking All Colour - RM2500
Arai RAMIII Speedking Kuning & Biru - RM3500
Arai RAMIII Aoyama – RM1900
Arai RAMIII Spencer - RM2200
Arai RAMIII Schwantz - RM2200
Arai RAMIII Flat Blue - RM2100
Arai RAMIII Stout 23 - RM2550
Arai RAMIII Streetline 56 – RM2800
Arai RAMIII Intercolor - unknown
Arai RAMIII Carlhg Mamola – unknown
Arai RAMIII KTM Duke – unknown
 
--- ARAI RAMIV (Secondhand) ---
 
Arai RAMIV Haga Monza - RM1800
Arai RAMIV Hayden Star – RM1900
Arai RAMIV Russell – RM2000 (NEW)
Arai RAMIV Yellow and Red - RM1700 (NEW)
Arai RAMIV White and Black - RM1500 (NEW)
Arai RAMIV Silver and Grey - RM1600 (NEW)
Arai RAMIV yang lain masih tiada jualan untuk yang secondhand @ used . 
 
 
Update the latest price for SHOEI (Ringgit Malaysia)
 
--- Shoei J-FORCE II (Secondhand) ---
J-Force II Hitam - RM2000
J-Force II Silver – RM2600
J-Force II Grey – RM2600
J-Force II Putih – RM2100
J-Force II Putih Mutiara - RM2200
J-Force II Maroon - RM3500
J-Force II Biru - RM3700
J-Force II Kuning - RM4400
J-Force II Katsumi - Unknown , kemungkinan sticker atau custom paint .
J-Force II Biru Naga - Unknown , kemungkinan sticker atau custom paint .
J-Force II Jack Hitam – RM4900
J-Force II Jack Silver - RM5500
J-Force II Jack Grey - Unknown , -- pernah nampak sebiji dlm Malaysia lokasi Terengganu --
J-Force II Jack Biru – RM7000
J-Force II Jack Putih – Unknown estimate around RM14000
J-Force II Jack Merah - estimate around RM35000 -- pernah nmpk 1 biji , info : 2 biji dlm Malaysia --
J-Force II Jack Kuning - estimate around RM26000 -- pernah nmpk 2 biji , info : 3-4 biji dlm Malaysia --
J-Force II Kenny Robert - RM7000
J-Force II Factory Kuning - RM6500
J-Force II Factory Biru – RM9500
J-Force II Factory Merah - RM7000
J-Force II Factory Silver - RM5500
J-Force II Factory Grey - RM6500
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Biru – RM11500
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Merah – RM10000
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Merah (NOS) - RM13000 
J-Force II Team Honda Hitam - RM2000
J-Force II Team Honda Putih - RM2100
 
--- Shoei J-Stream (Secondhand) ---
J-Stream Yamaha Biru - RM4500
J-Stream Yamaha Merah - RM3500
J-Stream Yamaha Silver - RM3200
J-Stream Polaris Merah - RM2000
J-Stream Polaris Biru - RM2500
J-Stream Polaris Kuning - RM3600
J-Stream Polaris Hitam - RM1700
J-Stream Polaris Putih - RM1700
J-Stream Honda Merah - RM2000
J-Stream Amo Hitam - RM1500
J-Stream Amo Putih - RM1500
J-Stream Couture - RM1600
 
--- Shoei J-Force III (Secondhand) ---
J-Force III Hitam dan Putih - RM1300
J-Force III Grey dan Silver - RM1350
J-Force III Biru dan Maroon - RM1450
J-Force III Surge - RM1500
J-Force III Brave - RM1550
J-Force III Blitzer - RM1550
J-Force III Honda - RM1600
J-Force III Lubla - RM1500
J-Force III Ring - RM1550
 
**p/s : harga mengikut kehendak seller dan owner helmet itu sendiri untuk menjual berapa nilainya . Condition harga di atas adalah 9.5/10 sahaja . HANYA JAUHARI KENAL MANIKAM . Berdiri atas kaki sendiri , tengok kemampuan diri .
 
CARA SUSUTNILAI HELMET BAGI BERSAIZ BESAR DAN UP-HARGA HELMET YANG BERSAIZ KECIL
 
Admin hanya meng’update’kan jenis-jenis helmet yang mempunyai demand yang tinggi sahaja daripada pengguna . Helmet selain daripada yang tertera boleh usha di dalam “mudah.my” kerana berkemungkinan helmet tersebut masih mengeluarkan yang terbaru atau terlalu lama yang tiada permintaan daripada pengguna . Untuk pengetahuan , semua nilai helmet akan berubah bergantung kepada saiz dan condition helmet tersebut .
 
 
Untuk SHOEI J-FORCE II 
  1. Helmet saiz kecil (S) akan meningkat kepada 8% daripada asal . Contohnya Shoei J-Force II Jack Biru : 8%/100 x RM 5000 = RM400 + RM5000 (harga asal) = | RM5400 |
  2. Helmet saiz besar (XL & XXL) akan menyusut nilai dalam 25% daripada harga asal . Contohnya Shoei J-Force II Jack Biru : 25%/100 x RM5000 = RM1250 – RM5000 (harga asal) = | RM3750 |
 
Untuk ARAI RAM III
  1. Helmet saiz kecil (S) akan meningkat kepada 8% daripada asal . Contohnya Arai Ram III Aoyama : 8%/100 x RM 2400 = RM192 + RM2400 (harga asal) = | RM2592 |
  2. Helmet saiz besar (XL & XXL) akan menyusut nilai dalam 25% daripada harga asal . Contohnya Arai Ram III Aoyama : 25%/100 x RM2400 = RM600 – RM2400 (harga asal) = | RM1800 |
 
 
RANKING TOP 10 HELMET TER'RARE' DI MALAYSIA ARAI DAN SHOEI 
 
Tempat Pertama : 1st : Shoei J-Force II Jack Merah
Tempat Kedua : 2nd : Shoei J-Force II Jack Kuning
Tempat Ketiga : 3rd : Shoei J-Force II Jack Putih 
Tempat Keempat : 4th : Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Biru 
Tempat Kelima : 5th : Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Merah 
Tempat Keenam : 6th : Shoei J-Force II Factory Biru    
Tempat Ketujuh : 7th : Shoei J-Force II Kenny Robert 
Tempat Kelapan : 8th : Arai RamIII Gauloises Limited Edition
Tempat Kesembilan : 9th : Arai RamIII Kodo
Tempat Kesepuluh : 10th : Arai RamIII Okada Merah 
 
" Rare and Limited Is Our PRiority "
 

Shoei J-Force II Jack Kuning dan Merah


Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Biru dan Merah


Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Merah dan Shoei J-Force II Jack Putih


Shoei J-Force II Jack Kuning


Arai RamIII Gauloises Limited

Wajah baru, misi sama

London: Tottenham Hotspur akan memulakan kempen pertama tanpa
 khidmat Gareth Bale dengan menentang Norwich City di laman sendiri
malam ini dan kebolehan mereka bakal diperhati sama ada mampu meraih
salah satu slot ke Liga Juara-Juara tahun depan.
Penjualan Bale ke Real Madrid menerusi nilai yang mencecah rekod dunia mendominasi
penutupan tirai perpindahan pemain buat Spurs tetapi penjualan itu turut membolehkan
 mereka membawa masuk tujuh muka baru ke White Hart Lane.

Pada musim lalu, Bale dinobat sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh Persatuan
Pemain Profesional serta Persatuan Penulis Bola Sepak England tetapi Tottenham
hanya mampu menamatkan musim di tangga kelima sekali gus terlepas aksi Liga
 Juara-Juara.

Kini, pengurus Andre Villas-Boas berharap muka baru yang dibawa masuk itu
mampu bergerak sebagai satu pasukan dalam masa terdekat kerana beliau sedar
harapan untuk membawa Spurs ke Liga Juara-Juara berada di bahunya.

“Objektif kami tetap sama iaitu mahu ke Liga Juara-Juara,” katanya. “Kami tidak
 pernah memikirkan soal lain. Ia adalah keperluan paling minimum terhadap apa
yang mampu kami capai musim ini.

“Perbelanjaan besar yang kami laburkan ketika tempoh perpindahan pemain
meningkatkan jangkaan semua pihak dan kami perlu memenuhi jangkaan berkenaan.
Sudah lama kami tidak hadapai tekanan sehebat ini.

“Kami akan bermain seperti biasa untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara
 memandangkan kami gagal melaksanakannya musim lalu. Kami mahu mempamerkan
 aksi lebih baik musim ini.” Erik Lamela sudah sedia untuk diturunkan buat kali pertama
 di White Hart Lane selepas perpindahannya dari Roma manakala Christian Eriksen yang
 dibeli dari Ajax turut mengharapkan namanya tersenarai dalam skuad utama.

Bagaimanapun, pertahanan Romania, Vlad Chiriches tidak boleh bermain kerana
 masih belum mendapat permit kerja di England.

Lamela baru pulang selepas membantu negaranya, Argentina pada saingan kelayakan
Piala Dunia.

“Dia mungkin berdepan sedikit masalah untuk menyesuaikan diri kerana bahasa
Inggerisnya tidak baik,” kata Villas-Boas.

“Dia perlu segera menyesuaikan diri dengan budaya serta cara berfikir orang Inggeris
dan saya yakin dia boleh melakukannya cuma kami tidak tahu berapa banyak masa
 diperlukan untuk itu.” Seorang lagi pemain yang tidak akan berada di White Hart Lane
malam ini ialah Emmanuel Adebayor kerana penyerang itu masih di Togo untuk
menghadiri majlis pengebumian abangnya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/14

Arena

Kuantan: Skuad bawah 23 tahun Myanmar (B-23) sedia membuat
 Malaysia meratap di laman sendiri pada perlawanan akhir kejuaraan
 Pestabola Merdeka edisi ke-41 di Stadium Darul Makmur, hari ini.
Amaran itu dilontar kapten Kyaw Zayar Win yang sah bakal beraksi memperkuatkan
skuad Myanmar selepas dia pulih daripada kecederaan buku lali.

“Kami sudah membuat persiapan rapi dan yakin mampu menewaskan Malaysia
 pada perlawanan akhir,” katanya pada sidang media semalam.

Myanmar melangkah ke final selepas mengumpul empat mata hasil kemenangan
2-0 ke atas Singapura dan seri 1-1 dengan Thailand untuk menduduki tangga
 kedua di belakang Malaysia yang mengalahkan mereka 1-2.

Zayar Win, 22, antara tonggak utama skuad kendalian jurulatih Korea Selatan
Park Sung Hwa selain Kaung Sithu dan Kyi Lin.

Kontroversi membelenggu Zayar Win sebelum ini apabila ada dakwaan dia sudah
berusia 24 tahun ketika beraksi pada pusingan kelayakan Piala Asia B-22 di
Yangon tahun lalu.

Bagaimanapun perkara itu langsung tidak memberi kesan kepada fokusnya
 pada final hari ini.

Ketika ditanya mengenai pemain Malaysia yang perlu lebih diawasi, Zayar Win
 berkata : “Kami tidak memberi perhatian khusus kepada pemain tertentu sebaliknya
 memberi perhatian kepada seluruh pasukan.”

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/14

Amirul Hafiq Mohd Azmi bakal mengikut jejak pelumba Red Bull KTM Ajo

Kuala Lumpur: Selepas Zulfahmi Khairuddin mencipta nama selama
 empat musim pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia, Amirul Hafiq
 Mohd Azmi bakal mengikut jejak pelumba Red Bull KTM Ajo dan dijangka
 membuat penampilan penuh pada musim pertama di saingan Moto3 tahun
 depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali
 yang mengesahkan perkembangan terbaru itu berkata, Amirul Hafiq sememangnya
 sudah berada dalam perancangan pihaknya untuk mengikut jejak langkah Zulfahmi
dan hampir pasti beralih ke saingan Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan.

Beraksi pada musim penuh pertama di Kejuaraan CEV Repsol Sepanyol ketika
 ini bersama pasukan Touchline SIC Ajo, Amirul Hafiq pada pandangan Razlan amat
berbakat dan tidak mustahil dapat menempa kejayaan melebihi pencapaian Zulfahmi.

“Pengalaman semusim di Kejuaraan CEV Repsol Sepanyol dan dua musim di Piala
Rookie Red Bull sebelum itu sudah mencukupi untuk Amirul Hafiq memulakan
 kariernya di saingan MotoGP.

“Saya tidak pernah meragui kemampuannya dan atas sebab itu, kami di SIC sudah
 mempunyai perancangan rapi untuk membawanya ke Kejuaraan Motosikal Dunia
pada musim depan,” katanya.

Razlan berkata, SIC sentiasa memberi peluang kepada setiap pelumba untuk
 mengikuti jejak Zulfahmi asalkan mereka benar-benar komited dalam karier
perlumbaan masing-masing.

Foto
 
AMIRUL (kanan) mengejar Mohd Affendi Rosli (kiri) dan Md Ramdan Md Rosli.
“Contohnya seperti ditunjukkan Zulfahmi dan Amirul Hafiq. Mereka memanfaatkan
 peluang diberikan dengan baik,” katanya.

Selepas lima pusingan, Amirul Hafiq menduduki tempat ke-24 kedudukan pelumba
 dengan mengumpul lapan mata.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/14

Sunday, September 8, 2013

ApA nAK Jadi ?? Ish3




Gadis bunga dicekup layan pelanggan


PUCHONG - Dengan hanya membeli satu kalungan bunga,
 pelanggan sebuah pusat hiburan di sini akan mendapat 
persembahan tarian khas daripada gadis pelayan pelanggan (GRO) 
warga Thailand yang diminati mereka.


Bagaimanapun, belum sempat puas menikmati layanan daripada gadis ‘
bergetah’ ditawarkan, premis dikunjungi mereka di Pusat Bandar Puchong,
 dekat sini, diserbu sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 
Serdang, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, pelanggan perlu membeli kalungan bunga dengan harga 
RM100 dan boleh memilih mana-mana gadis GRO untuk melayan mereka.

Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, 
Sobberi Ismail berkata, daripada jumlah dibayar pelanggan, separuh
diambil pengusaha manakala selebihnya diberikan  kepada gadis pelayan terbabit.


Lebih ramai pelanggan yang membeli kalungan bunga, lebih banyak 
komisyen diperoleh GRO yang menjadikan pekerjaan itu sebagai cara 
mudah mendapatkan kemewahan.

Ketika serbuan,  12 gadis berpakaian seksi sedang asyik melayani 50 
pelanggan lelaki tempatan yang dahagakan layanan mesra mereka.

Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua GRO termasuk enam pekerja
 lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30-an didapati menyalah guna
 pas lawatan sosial ke negara ini.

“Risikan dilakukan mendapati  GRO terbabit diberikan tips separuh harga 
bagi setiap jualan kalungan bunga berharga RM100. Selepas pembelian
 kalung bunga dibuat, pelanggan boleh memilih mana-mana  pelayan 
disukai untuk dijadikan teman berhibur,”katanya.

Beliau berkata,  penjaga premis turut ditahan kerana perniagaan dijalankan 
tidak memiliki lesen sah pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan dalam  Ops Cantas Noda kelmarin dibawa ke 
IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Saturday, September 7, 2013

Hangatt!!

Metro Ahad disabotaj? Biar bonar??? (Update)

DIKEMAS KINI (7.30 PM):
Aku dapat tahu pihak JPM sedang menyiasat kemungkinan
ada unsur sabotaj sehingga berlaku "kesilapan" yang sangat
 tidak wajar dilakukan oleh Metro Ahad hari ini. Ini kerana
difahamkan "kesilapan" tersebut hanya melibatkan Metro
 Ahad edisi Lembah Klang, sedangkan bagi edisi-edisi utara,
selatan, pantai Timur serta Sabah dan Sarawak tidak wujud
 kesilapan tersebut.

Seorang rakan di dalam industri surat khabar negara memaklumkan
 aku biasanya untuk muka surat hiburan lebih-lebih lagi edisi
Ahad dicetak lebih awal (sehari atau dua hari) berbanding
muka surat utama. Jadi, kesilapan seperti itu sepatutnya tidak
berlaku atau boleh dikesan sebelum surat khabar masuk pasaran.

Entahlah....













POS ASAL:
"KAMI SAMA-SAMA SUKA DAN ROZITA
 BALAS CINTA SAYA ~ NAJIB RAZAK"

Mampus... memang mampus..! Itulah gamaknya maki hamun
 Ketua Pengarang Metro kepada mereka yang bertanggungjawab
 terhadap kesilapan tersebut. Perghhh... bukan kecik-kecik
anak buat silap, kesilapan yang boleh menggoncangkan Seri
Perdana beb!

Aku duk hitung-hitung sekarang ini nasib KP Metro dan
 juga editor hiburan Metro Ahad sedang berada di hujung
tanduk. Silap perkara lain tak apa, tapi bila kaitkan Najib
dengan Che Ta yang juga janda meletup, mau tidak ada
orang lain yang meletup-letup!



Pergh... KP Metro & Editor hiburan Metro
Ahad bolehlah cari kotak!

Hahahaha....