BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 8, 2013

ApA nAK Jadi ?? Ish3




Gadis bunga dicekup layan pelanggan


PUCHONG - Dengan hanya membeli satu kalungan bunga,
 pelanggan sebuah pusat hiburan di sini akan mendapat 
persembahan tarian khas daripada gadis pelayan pelanggan (GRO) 
warga Thailand yang diminati mereka.


Bagaimanapun, belum sempat puas menikmati layanan daripada gadis ‘
bergetah’ ditawarkan, premis dikunjungi mereka di Pusat Bandar Puchong,
 dekat sini, diserbu sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 
Serdang, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, pelanggan perlu membeli kalungan bunga dengan harga 
RM100 dan boleh memilih mana-mana gadis GRO untuk melayan mereka.

Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, 
Sobberi Ismail berkata, daripada jumlah dibayar pelanggan, separuh
diambil pengusaha manakala selebihnya diberikan  kepada gadis pelayan terbabit.


Lebih ramai pelanggan yang membeli kalungan bunga, lebih banyak 
komisyen diperoleh GRO yang menjadikan pekerjaan itu sebagai cara 
mudah mendapatkan kemewahan.

Ketika serbuan,  12 gadis berpakaian seksi sedang asyik melayani 50 
pelanggan lelaki tempatan yang dahagakan layanan mesra mereka.

Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua GRO termasuk enam pekerja
 lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30-an didapati menyalah guna
 pas lawatan sosial ke negara ini.

“Risikan dilakukan mendapati  GRO terbabit diberikan tips separuh harga 
bagi setiap jualan kalungan bunga berharga RM100. Selepas pembelian
 kalung bunga dibuat, pelanggan boleh memilih mana-mana  pelayan 
disukai untuk dijadikan teman berhibur,”katanya.

Beliau berkata,  penjaga premis turut ditahan kerana perniagaan dijalankan 
tidak memiliki lesen sah pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan dalam  Ops Cantas Noda kelmarin dibawa ke 
IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

0 comments: